INFO grafik palsu disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 Jun 2013. |
KERATAN akhbar Utusan Malaysia 10 Jun 2013 yang didakwa laporan palsu. |
CETAKAN skrin mengenai respons rasmi Peugeot Malaysia menerusi facebook yang menolak laporan palsu akhbar Utusan Malaysia baru-bru ini. |
UTUSAN Malaysia didakwa menyiarkan laporan palsu mengenai harga kereta import turun baru-baru ini sebagaimana dijanji dalam manifesto Barisan Nasional terus dipertikai.
Ketua Menter Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng (kanan) berkata, pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot telahpun menafikan turun harga kenderaan masing-masing tahun ini.
Justeru, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk mengembalikan integriti dalam lidah rasmi Umno tersebut terlebih dahulu, sekiranya pentadbiran Perdana Menteri berkenaan berhasrat untuk mengawal media sosial seperti facebook dan blog di negara ini.
"Semoga Barisan Nasional yang diterujui Kerajaan (Pusat) lebih serius dalam mengambil tindakan (ke atas laporan Utusan itu)," ujarnya di Komtar, George Town baru-baru ini.
Terdahulu, Utusan Malaysia pada 10 Jun lepas menyiarkan laporan penurunan harga 10 kereta dalam pasaran domestik, - iaitu Volkswagen, Peugeot, Honda dan Marques serta kereta tempatan Proton dan Perodua - sehingga 11 peratus dari harga pasaran pada Januari tahun ini.
Itu, menurut laporan wartawan Fairus Kassim, sekaligus membuktikan Kerajaan Pusat berjaya merealisasikan manifesto Barisan Nasional sebagaimana diumum dalam musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Laporan Utusan Malaysia itu kemudiannya dinafi oleh Volkswagen dan Peugeot menerusi laman rasmi facebook masing-masing.
Kedua-dua pembuat kereta antarabangsa itu menolak laporan info grafik harga kereta masing-masing turut yang disiar Utusan Malaysia.
"Sila ambil perhatian, harga pada gambar adalah tidak betul. Harga Golf sentiasa menjadi RM157, 888 sejak masa pelancaran. Bukan RM169, 888," kata seorang wakil dari Volkswagen Malaysia dipetik dari Facebook, merujuk kepada sukan 'hatchback' model Golf.
"Tanpa prejudis, apa-apa yang telah dikeluarkan oleh kami, kami tidak berunding sebelum artikel itu pergi ke cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan berita yang terkandung di dalamnya.
"Harga yang ditunjukkan kelihatan 308 Turbo pra-wajah dan 308 VTi yang sebenarnya dua varian yang berbeza dari Peugeot 308," kata wakil Peugeot Malaysia dipetik dari laman rasmi facebook kereta buatan Perancis itu.
Idea menurunkan harga kereta sebenarnya mula dipopular oleh Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum, sebelum diangkat sebagai "Aku Janji" Barisan Nasional.
Strategis oposisi, Rafizi Ramli berkata, harga kereta boleh diturunkan melalui pengurangan duti eksais, cukai jualan, duti import serta menghapuskan penyalahgunaan permit import (AP).
Najib dalam satu reaksi spontan berkata, Barisan Nasional akan menurunkan harga kereta import dan tempatan sekiranya terus memberi mandat mentadbir Putrajaya.
Sejurus selepas pilihan raya umum, Kerajaan Pusat mengumumkan proses menurun harga kereta secara berperingkat sehingga tahun 2017.
Pengumuman itu, menurut pembangkang, bagaikan sandiwara politik Barisan Nasional sahaja.
Lantas itu, Kerajaan Pusat menerusi Utusan Malaysia mengeluarkan laporan mengenai penurunan harga beberapa kereta import dan tempatan hingga didedah sebagai laporan palsu belakangan ini. -END
No comments:
Post a Comment