03 June 2013

Nelayan lega Adun Batu Maung cepat selesai kos bencana alam

ABDUL Malik Abul Kassim (paling kiri) bersama-sama Dr. Afif Bahardin (dua dari kiri), Tan Kok Leong (berbaju merah) dan seorang nelayan lain meninjau lokasi bencana alam serta keadaan jeti yang sudah dibaik pulih baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

30 nelayan pantai Batu Maung menarik nafas lega apabila jeti serta beberapa bot mereka yang musnah dipukul ribut pada 11 Mei lepas segera diselesai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Pengerusi Persatuan Nelayan Batu Maung, Tan Kok Leong (kanan), 52, berkata, Abdul Malik memengeluarkan peruntukan peribadinya berjumlah RM22,870.50 dulu bagi membeli papan untuk membaik pulih jeti tersebut, sementara, menunggu peruntukan berwajib daripada Kerajaan Negeri.

Itu, tidak termasuk RM4,000 kos upah 30 nelayan berwajib yang bergotong-royong membaik pulih jeti itu.

"Datuk (Abdul Malik) suruh ambil papan dari kedai papan dulu...kerja baik pulih jeti siap dalam masa enam hari saja," ujar Kok Leong baru-baru ini di perkarangan Dewan Memori Tapak Kaki Sam Poh dekat Batu Maung.

Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan) turut hadir pada sidang media di sini.

Difahamkan, bencana alam tersebut serentak melanda pantai Permatang Damar Laut di sini dan pantai Sungai Batu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

Seorang lagi mangsa, Wan Senapi Abdul Hamid (kiri), 34, turut memuji insiatif Abdul Malik kerana menyampaikan RM1,400 sumbangan kilat di bawah peruntukan Tabung T.Y.T Untuk Bencana Alam Pulau Pinang.

Beliau berkata sumbangan itu digunakan untuk membeli pukat baru serta membaiki bot pantai yang rosak.

"Enjin bot rosak. Empat pukat dibawa arus di Permatang Damar Laut, bukan di sini (Batu Maung). Sumbangan kilat ini dapat mengurang beban," ujar beliau di sini.

Sebelum pada itu, Abdul Malik (kanan) berkata, semua mangsa bencana alam menerima sumbangan berdasarkan taksiran kemusnahan harta masing-masing.

Di bawah Tabung T.Y.T, beliau berkata, mangsa layak menerima 10 peratus sumbangan tunai daripada taksiran kerugian masing-masing.

"Nelayan akan tunggu lebih lama kalau tunggu proses tender ini...maka, saya telah memberi arahan kepada mereka pergi ambil dulu papan di kedai papan dan gotong royong baiki sendiri jeti yang terputus itu.

"Katakanlah, Tabung T.Y.T beri RM300, saya tambah RM300 lagi menggunakan peruntukan saya sendiri," ujar beliau sambil merakam ucapan takziah kepada keluarga nelayan-nelayan terbabit.

Beliau bersama-sama Dr. Afif turut menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan tunai kepada semua mangsa berwajib. -END

ABDUL Malik Abul Kassim (empat dari kanan) dan Dr. Afif Bahardin (lima dari kanan) bergambar dengan mangsa-mangsa bencana alam baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus