tahaluf siyasi

tahaluf siyasi

Tuesday, 4 June 2013

MPSP lancar semak lesen premis perniagaan

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melancarkan program pemeriksaan dan semakan lesen premis perniagaan secara berperingkat bermula sekarang hingga hujung tahun ini.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, pihaknya melalui Jabatan Pelesenan telahpun mengenal pasti beberapa lokasi utama pusat perniagaan berwajib di Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan.

"Program ini akan ditumpukan di lokasi-lokasi tersebut," ujar beliau dalam mesyuarat penuh MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda dekat Bukit Mertajam baru-baru ini.

Beliau berkata, program tersebut diharap dapat membantu pemilik premis perniagaan untuk memperbaharui lesen masing-masing.

"Pegawai Jabatan Pelesenan MPSP akan membuat rondaan ke lokasi-lokasi yang dipilih dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum tarikh program dimaklumkan kepada pemilik premis.

"Bas Kaunter Bergerak MPSP akan dihantar ke lokasi berkenaan untuk memudahkan pemilik-pemilik premis membuat memperbaharui lesen premis MPSP," ujar beliau.

Terdahulu, program mesra pelanggan itu telahpun dilancarkan di Chai Leng Park, Perai pada 30 Januari lepas, diikuti, Summit Mall, Bukit Mertajam (16 Mac 2013), Teras Jaya, Raja Uda (21 Mac 2013) dan Tasek Mutiara, Simpang Empat (29 Mei 2013). 

Senarai lokasi program yang dicadangkan seperti berikut:

1. Bertam, Kepala Batas (11 Jun 2013)
2. Bunga Raya, Raja Uda (25 Jun 2013)
3. Pekan Nibong Tebal (2 Julai 2013)
4. Taman Gemilang, Bukit Mertajam (27 Ogos 2013)
5. Jalan Maju, Bukit Mertajam (10 September 2013)
6. Megamall Pinng, Perai (8 Oktober 2013)
7. Pekan Sungai Dua, Butterworth (12 November 2013)
8. Pekan Bukit Mertajam (10 Disember 2013)

No comments:

Post a Comment

Siap dengar, Siap bersama!

Entri Popular