Skip to main content

Mohon lesen Pasar Ramadan sekarang!

DARI KIRI: Rozali Mohamud, Maimunah Mohd. Sharif dan Teoh Seang Hooi pada sidang media selepas mesyuarat penuh MPSP baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

LESEN penganjuran Pasar Ramadan tahun ini boleh dimohon daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bermula 31 Mei hingga 12 Jun depan.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif berkata, tiga kaunter dibuka untuk warga tempatan mendapatkan borang permohonan.

Tiga kaunter MPSP itu di Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda (Bukit Mertajam), Kompleks Makanan Kampung Jawa (Butterworth) dan Cawangan Sungai Jawi (Seberang Perai Selatan).

Tambah beliau, borang permohonan turut boleh diperoleh melalui sesawang rasmi MPSP, www3.mpsp.gov.my.

"Borang-borang (permohonan) akan diproses oleh Jabatan Pelesenan dan keputusan permohonan akan mula dikeluarkan pada hari Jumaat, 21 Jun  2013.

"Taklimat kepada penganjur dijadual pada hari Jumaat, 28 Jun depan," ujar beliau dalam Mesyuarat Penuh MPSP di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda dekat Bukit Mertajam baru-baru ini.

Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamud dan Teoh Seang Hooi (Ahli Majlis MPSP) turut hadir bersama-sama Maimunah pada sidang media selepas mesyuarat penuh majlis itu.

Hubungi talian MPSP, 04-5497685 / 847 / 678 untuk pertanyaan atau keterangan lanjut. -END