Skip to main content

Apex P.Pinang taja kerusi rekreasi Taman Manggis

CHOW Kon Yeow (dua dari kiri) bersalaman dengan Lee Kai Eng (paling kiri) sambil diperhati oleh pemimpin Persatuan Apex Pulau Pinang lain selepas sidang media bersama di Taman Manggis baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Komuniti Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin, George Town akan menempuhi kehidupan yang lebih selesa kerana taman mini dekat kediaman mereka bakal dinaik taraf melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Presiden Kelab Apex Pulau Pinang, Lee Kai Eng (kiri) berkata, pihaknya berminat untuk menaja empat set kerusi-meja batu dan enam kerusi sandar batu lain untuk kemudahan rekreasi warga setempat.

Menurut beliau, insiatif itu diharap dapat membantu warga setempat untuk rehat selepas berjalan atau bersenam di sini.

"Beberapa bangku ini disediakan sebagai keperluan supaya mereka boleh duduk untuk menikmati keindahan malam.

"Insiatif ini dilakukan sebagai partisipasi kami kepada masyarakat dan Kerajaan Negeri (Pulau Pinang)," ujar beliau.

Difahamkan, kos keseluruhan CSR itu menelan belanja kira-kira RM4,000.  

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan banjir, Chow Kon Yeow (kanan) dalam reaksi spontan merakamkan penghargaan kepada NGO tersebut.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri berharap lebih banyak lagi NGO tampil melakukan inisiatif serupa Apex.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kelab Apex untuk penajaan mereka," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu. - END