Skip to main content

300 imam terima sanad bacaan Al-Fatihah

KEPALA BATAS - Lebih 300 imam sejak pagi tadi menyertai seharian Kursus Pemantapan Tahsin Imam dan Pengijazahan Sanad Surah al-Fatihah Peringkat Negeri kendalian Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Pensyarah Fakulti Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat dari Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Yazid Salleh Al-Hafiz mengisi bengkel pemantapan dan tahsin Al-Quran.

Iman Masjid Negara, Tan Sri Datuk Syeikh Ismail Muhammad pula mengisi bengkel pemantapan dan mentadabbur intipati Surah Al-Fatihah yang dikenali 'Ummul Kitab'.

Beliau turut menjelaskan mengenai intipati serta bacaan sebenar Surah al-Fatihah kepada calon-calon imam yang hadir, sebelum menyempurna masjis pengijazahan sanad Surah al-Fatihah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP), Sazali Hussein dijadual menyampaikan ucapan perasmian dan menyampaikan sijil penyertaan kepada hadirin.

Turut dijadual berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masjid dan Hal Ehwal Kariah MAINPP, Rosidi Hussain.

Berita lanjut menyusul kemudian.