06 May 2013

Wala' nak ikut al-Quran pun boleh, ikut nafsu lagi-lagi boleh

Ulamak Unity Government tak boleh lagi kata, punca calon Pas tewas di beberapa Parlimen selain tumbang di Kedah sebab ahli-ahli parti tak wala' kepada mereka.

Candu wala' itu macam tak laku dah apabila Zaharuddin Mohamad yang lebih dikenali sebagai Din Ayam sendiri tak wala'.

Takkan kita nak kata konspirasi Din Ayam sabotaj Dr Nasir di Kota Damansara sampai Dun itu dirampas kembali oleh Umno BN itu hasil kejayaan doktrin wala'.

Itu, bodoh namanya.

Din Ayam itu menantu Presiden Pas.

"Mengata dekat dia sama lah macam meluku kepada Hadi Awang," kata bekas Exco Pemuda Pas menerusi telefon.

Saya kata, Hadi Awang pun tak setia pada tahalluf siyasi yang menjadi ijmak dalam tiga kali muktamar Pas sebelum ini.

Kata ikut sunnah Rasulullah s.a.w, tetapi, lain jadinya di Jerantut, di Kota Damansara dan di Sungai Acheh.

Perjanjian Hudaybiah yang nyata berat sebelah pun, Rasulullah tidak khianat.

Rasulullah pertahan perjanjian itu sebenarnya untuk pelihara imej Islam sebagai agama yang adil.

Bayangkan kalau Rasulullah khianat perjanjian masa itu, tentu amanah yang menjadi sifat wajib baginya akan dipersoal hari ini.

Orang bulan Islam tidak pernah pertikai Pas. Orang Pas pun bukan pertikai dasar Pas.

Mereka pertikai Hadi Awang.

Tak perlulah, diperjelas apa benda yang dipertikai?

Elok baca Kerajaan Pas Terengganu tumbang gagal kikis ego Hadi.

Awal pagi tadi, saya dipelawa minum dengan sekumpulan pemuda Pas di Balik Pulau.

Saya ingat mereka nak latu atau debik saya.

"Ahli wajib wala' sebab al-Quran yang kata begitu. Pemimpin tak wala' pun tak apa sebab nafsu mereka kata begitu," ujar depa.

Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! # Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. #" [Surah al-Hujuraat: 2 & 3]

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus