07 May 2013

Umum Anwar Ibrahim kekal Ketua Pembangkang serlahkan setiakawan Kit Siang

DAP tetap menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sungguhpun DAP mempunyai kerusi terbanyak berjumlah 38 kerusi dalam Pakatan Rakyat, kata penasihatnya Lim Kit Siang.

PRU13 baru-baru ini menyaksikan PKR mempunyai 30 kerusi, manakala, PAS ada 21 kerusi.

Kit Siang yang kini bergelar Ahli Parlimen Gelang Patah, Johor berkata ketetapan DAP itu dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Ini selaras dengan komitmen kami bahawa beliau (Anwar) akan memimpin kerajaan Pakatan," katanya di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, Kuala Lumpur.

P/S: Aku pun tak tak setuju Anwar jadi ketua pembangkang, sebab beliau layak jadi perdana menteri baru Malaysia. Keputusan PRU13 tipu. Hadi Awang saja yang minta orang PAS macam kita di bawah ini redha dan terima kekalahan.
Anwar  kata 'tidak'. Sebab itu, pasukan Anwar sedang giat kumpul bukti untuk merujuk konspirasi Pusat-JPN-SPR ke PBB.
Tunggulah PBB batal keputusan kotor PRU13. Najib 'Mugabe' ada dua pilihan, jadi macam Zimbabwe tanpa pilihan raya atau buat pilihan raya semula dalam masa dua bulan.
Telanjur melaporkan berita ini, saja nak tanya - Kalau Kit Siang boleh umum Anwar sebagai Ketua Pembangkang sungguhpun DAP ada kerusi paling banyak, tak bolehkah DAP-PAS buat perkara yang sama dengan umum Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus