Skip to main content

Sudikah Umno yang kuat pelawa PAS yang lemah tubuh 'Kerajaan Perpaduan' di Kedah?

PRU12, BN tewas teruk. Umno pelawa PAS bergabung demi masa depan Melayu-Islam di negeri Terengganu, Perak dan Selangor.

Abdul Hadi Awang kata itu Kerajaan Perpaduan.

PRU13, PAS pula tewas teruk khususnya di Kedah. Inilah masanya Umno nak pelawa PAS bergabung atas demi masa depan Melayu-Islam.

Kalau dulu, Umno yang lemah boleh ajak PAS untuk bergabung.

Takkan Umno yang kuat seperti di Kedah pasca PRU13 sekarang ini tak sudi nak ajak sekali lagi PAS nak bergabung?

Dulu, ada pemimpin PAS yang beriya-iya nak tolong Umno atas alasan nak tolong Melayu-Islam. Sekarang pun, patut begitu.

Elok pemimpin UG yang mula ajak Umno bergabung sekarang ini sebab Umno dulu kini dan selamanya memang ikhlas nak bergabung dengan PAS.

Kalau ahli PAS tak bersetuju sekarang pun, pemimpin UG sejak PRU 2008 dah setuju PAS nak bergabung dengan Umno sebab nak jaga Melayu-Islam.

Tunggu apa lagi...astaghfiruLlah!