20 May 2013

Pengkhianatan Din Ayam di Kota Damansara macam bangkai gajah dah....

INI BANGKAI SIAPA?
Mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini berbincang mengenai status Zaharuddin Mohamad yang didakwa dalang serta simbol pengkhianatan sampai Pakatan Rakyat tewas di DUN Kota Damansara.

Khalid Samad berkata, "Kepimpinan akan menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sesuai.


Malam itu pun, Khalid bersama-sama Hanipa Maidin tekan Hadi Awang supaya dakwa dan bicara Zaharuddin di bawah Lembaga Disiplin PAS secara bebas.

Oleh kerana Zaharuddin itu menantunya mungkin, Abdul Hadi enggan dan tolak mentah-mentah desakan itu.

Cerita ini sudah menjadi rahsia umum jamaah. 

Zaharuddin pun tahu hal ini. Dia tiada hujah untuk tutup pengkhianatan yang dilakukannya di Kota Damansara.

Hadi Awang pun tak boleh buat apa-apa. Sejak selesai PRU13, Presiden PAS itu tidak nampak lagi dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Hari ini, khabarnya di Turki.

Dalam media sosial, macai-macai Kerajaan Perpaduan dah mula sebar kenyataan Zaharuddin.

Oopppsss...silap. Bukan Zaharuddin. Ahli Majlis Syura Ulama yang kaki tipu orang itu.
Sekalipun beberapa pimpinan utama PKR dilihat agak tidak bersetuju, tetapi mereka terpaksa akur kepada keputusan PAS, kerana PAS adalah lebih majority daripada PKR.
Ada yang berkata, PAS mendapat majoriti ini adalah antara gara- gara DUN Kota Damansara.
Perkara tersirat yang tenggelam daripada ulasan orang ramai ialah, jiwa besar Tuan Guru Presiden memperlihatkan keterbukaan beliau melantik TSKI sekalipun beliau daripada PKR.
Jika dibandingkan dengan isu pertindanan kerusi, ada yang mengambil peluang untuk menjatuhkan kredibility dengan menuduh Tuan Guru Presiden sebagai tamakkan kerusi dan pelbagai tohmahan jahat.
Walhal tindakan itu adalah untuk menjaga prinsip dan hak parti serta masa depan kemenagan bagi mengelakkan peristiwa lompat parti daripada berulang. - Zaharuddin aka Din Ayam
Ini ayat cover line. Din Ayam lebih tahu, dia cover line Tok Mertua dia atau diri sendiri.

Dalam usrah di Permatang Pauh semalam, saya cerita benda ini.

Saya ingat saya nak kena maki. Tapi, ada seorang pemimpin PAS Kawasan kata, "Bangkai gajah kalau tak boleh ditutup, elok paksa orang kampung percaya itu bukit-bukau."

Saya tak terkata apa-apa. 

Lawan!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus