20 May 2013

Patut P.Pinang pun tumbang sebab Perkasa kritik pakai kasut, Zulhazmi kritik pakai facebook


MASA Terengganu tumbang dalam PRU2004, bukan (arwah) Dr Lo'Lo' saja yang menangis di Kuala Lumpur.

Boleh kata akar umbi PAS seluruh negara menangis. Mereka nak lihat Terengganu sama seperti Kelantan, kekal berkubu walau diserang macam-macam oleh Umno Barisan Nasional.

Tetapi, Kedah selepas tumbang dalam PRU2013 baru-baru ini, saya tak berjumpa lagi orang yang menangis atau sedih. 

Banyak yang menyalah Sanusi SetPol Azizan. Mereka kata, "Azizan jadi lagu tuuu sebab dia terima nasihat yang salah daripada Sanusi."

Saya tak mau kata apa-apa. Sebab Azizan pun semua kita tahu keadaannya. Bersama-sama kita doa.

Dalam dok sengap-sengap ada lagi yang dok bantai Azizan. 

Dulu, ke hulu ke hilir dok Azizan, sekarang, boleh dia kata "Awat...hampa ingat Azizan tuuu tak baligh ka sampai terima nasihat yang salah dari Sanusi."

Masa Azizan di gigi kekuasaan lagi, saya dah bantai Azizan. Saya kata dekat pemuda PAS Kedah itu (masih pemuda lagi), "Panglima tak mengajak bertumbuk dengan seterunya kalau seterunya dah duduk atas kerusi roda."

Ini bukan ayat saya. Saya ulang balik apa yang arwah Ustaz Fadhil Noor nasihat kepada Mat Sabu apabila Mat Sabu berceramah sampai dua jam di Taman Melewar semasa Anwar Ibrahim dipecat daripada timbalan perdana menteri dulu.

Dalam facebook, yang dok nampak gila babi serang grup Azizan, nama dia Zulhazmi. Dia ini peguam 'pil kuda' gamaknya.

Di Penang, orang kata BJ Pakaq yang kuat kritik PAS punca lima kerusi DUN dan dua Parlimen yang parti itu tanding tewas.
PEGUAM Zulhazmi

Di Kedah, Zulhazmi.

Punca PAS tewas di Pulau Pinang dan Kedah kerana dua ekoq ini kritik pemimpin. Itulah dalih mereka.

Tadi, grup Kedah yang singgah makan di Komtar pun kata begitu. 

Oleh kerana mereka kata depan dahi saya, saya pun jawab sambil senyum sahaja.
"Di Kedah, Azizan kena kritik ikut facebook saja. Di Penang pun macam itu juga. (Ketua Menteri) Lim Guan Eng kena kritik bukan setakat melalui facebook, Perkasa kritik Guan Eng dengan kasut. Awat rakyat Pulau Pinang tak tumbang? Jawapannya mudah, isu pokok bukan kritik. Kalau kita tak memenuhi aspirasi rakyat, mood rakyat tidak bersama kita lagi."
Setuju?

Mereka tak tolak pun apa yang saya kata. Tapi, mereka belanja makan.

Betul kata blogger Penarik Beca aka Pak Bakaq Haq, banyak pemimpin PAS akan belanja makan kita bila kita kuat maki mereka.
"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya." (Surah Al-Maidah: 54).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus