Datuk Seri Najib Tun Razak seakan terpaksa meyakinkan akar umbi Umno bahawa Kerajaan Barisan Nasional Pusat tidak tumbang seperti yang didakwa Pakatan Rakyat apabila ada usaha menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dalam masa terdekat.
'Arkitek Umno' Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum menyatakan pendirian berhubung status Najib, sama ada dikekalkan sebagai perdana menteri atau sebaliknya sebagaimana dicuit oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Ini yang hendak kita terangkan, mereka telah dikelentong, ditipu dan dikudakan pembangkang.
"Kita perlu terangkan kepada mereka yang DAP dan pembangkang (Pakatan Rakyat) telah melakukan penipuan besar," dalih Presiden Umno itu di Kuala Lumpur semalam.
Keputusan PRU13 baru-baru menyaksikan pentadbiran Najib hilang tujuh lagi kerusi Parlimen.
Undi popular Pakatan Rakyat lebih besar berbanding undi popular Umno Barisan Nasional.
Sambil menganggap pilihan raya kali ini sebagai 'Tsunami Cina', dilaporkan Umno akujanji menghapuskan kempen 1Malaysia selepas Muhyiddin menggantikan Najib nanti.
No comments:
Post a Comment