06 May 2013

Mukhriz MB Kedah, kenapa Najib tak gembira macam Muhyiddin?

MUKHRIZ baru dimahsyurkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Azizan Razak kalau dia larat, dia boleh jadi ketua pembangkang di negeri berkenaan.

Selepas pilihan raya ini, Najib Razak nampak sedikit gembira dan terus mohon agar terus diberi mandat sebagai perdana menteri.

Muhyiddin Yassin nampak lebih gembira sungguhpun dia kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sembilan kerusi Parlimen Pakatan Rakyat yang telah menang dalam pilihan raya umum lepas berjaya dirampas oleh  Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat berjaya rampas sembila kerusi Parlimen yang baru.

PRU12, BN dapat 140 kerusi Parlimen. PRU13, BN dapat 133 kerusi Parlimen sahaja.

Pilihan raya lepas, Pakatan Rakyat 82 kerusi Parlimen. Sekarang, oposisi dapat 89 undi.

Tuntasnya, Pakatan Rakyat tambah TUJUH KERUSI PARLIMEN.

Keputusan ini tentu tidak selesa bagi Najib. Umno BN hilang tujuh kerusi parlimen.

Keputusan ini tentu membuatkan Dr Mahathir Mohamad tidak tunggu lama untuk mencari calon perdana menteri yang baru.

Kalau kekalahan Umno BN dalam PRU2008 boleh menyikir Tun Dr Abdullah Ahmad Badawi dari kerusi perdana menteri, takkan kekalahan Umno BN dalam PRU13 sekarang tidak boleh menyingkir Najib Razak

Sebab itu, Muhyiddin nampak dikesan senyum di media arus perdana sejak tengah malam tadi.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus