30 May 2013

MPSP, Bandar Gwangju jalin persahabatan global

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mencipta sejarahnya tersendiri apabila tersenarai dalam 109 pihak berkuasa tempatan (PBT) dari 47 negara yang menyertai 2013 World Human Rights Cities Forum di Gwangju, Korea.

Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd.Sharif pagi tadi berkata, beliau diberi mandat untuk membentangkan kertas kerja berjudul MPSP's Initiative On Human Rights City serta menjadi panel pembahas pada pembentangan tajuk Human Rights And Civil Servants yang dihadiri kira-kira 730 perwakilan sedunia.

Tidak cukup dengan itu, beliau berkata beliau turut mewakili MPSP untuk berucap pada majlis Pembukaan Majlis Makan Malam di Kimdaejung Convention Center.

"Pada kesempatan itu, MPSP dan Bandar Metropolitan Gwangju telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persahabatan pada 17 Mei 2013 antara saya dan Datuk Bandar Gwangju, Yang Berbahagia Tuan Kang Un-tae.

Ini adalah kali pertama bagi MPSP," ujar beliau dalam Mesyuarat Majlis Penuh di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda Bukit Mertajam.

Perjanjian itu, menurut beliau, untuk mengerat persahabatan melalui perkongsian idea dan maklumat mengenai budaya pentadbiran, seni, pendidikan dan ekonomi.

Perkembangan terbaru itu sekaligus mereputasi nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Ketua Menterinya, Y.A.B Tuan Lim Gian Eng di peringkat dunia. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus