27 May 2013

Larian Menara MPSP kini program tahunan

SUASANA majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah bagi Larian Menara MPSP 2013 di lobi utama Kompleks Ibu Pejabat MPSP baru-baru ini.   |  Foto: Buletin Mutiara.
CHONG Eng menyampaikan medal, sijil penyertaan dan wang tunai kepada pemenang-pemenang ketegori terbuka perempuan.

LARiAN Menara Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2013 pada 26 April lepas menerima 738 penyertaan.

Pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Machang Bubuk, A.Hamsavaanie (kiri) terkejut kerana menjuarai larian ketegori muda perempuan.

"Tentu gembiralah. Ini kali pertama saya menyertai (kejohanan) dan menang tempat pertama ketegori," ujar beliau yang mencatat rekod 31:35 minit.

Bagi Mohd. Mosin Saidan (kanan), pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian pula, kejuaraan ketegori muda lelaki menjadi satu lagi koleksi kejayaan dalam hidupnya.

"Selalu juga menang kejohanan larian seperti ini. Saya dapat tangga keenam peringkat Malaysia dalam (kejohanan) MSSM (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia) baru-baru ini," ujar beliau yang mencatat rekod 24:22 minit.

Majlis perasmian penutup program itu disempurna oleh Exco Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Keseniaan, Chong Eng.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang tersebut berkata, program  buat julung kalinya dianjur di Seberang Perai itu akan dijadikan acara tahunan.

"Saya berharap lebih ramai lagi penyertaan, khususnya dari kalangan wanita pada tahun depan," ujar beliau di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda, di sini.

ADUN Berapit, Lydia Ong Kok Fooi, Lee Khai Loon (ADUN Machang Bubuk), Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua MPSP), Frederick Tan Teik An (Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang) dan V.Govindasamy (Setiausaha bagi Persatuan Atlet Amatur Pulau Pinang) turut hadir pada majlis perasmian penutup kojohanan tersebut.

Tambah Chong Eng, inisiatif MPSP itu diharap menjadi satu lagi identiti bagi warga Seberang Perai.

Nada yang sama turut disampaikan oleh Maimunah.

"Kita akan buat acara mendaki 398 anak tangga menara MPSP ini sebagai acara tahunan.

"Kalau Komtar ada Larian (Menara) Komtar dengan 61 tingkat, mengapa tidak MPSP ada Larian (Menara) MPSP dengan 16 tingkat," ujar beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak berwajib kerana berjaya memulakan larian itu seawal jam 7.00 pagi.

Program anjuran bersama MPSP dan La Vintage Event Sdn. Bhd. menyaksikan 18 peserta dipilih sebagai pemenang pelbagai ketegori.

Itu, tidak termasuk hadiah cabutan bertuah untuk dua pasangan pergi melancong di China.

Berikut adalah senarai pemenang:-

Ketegori Muda Lelaki
1. Mohd. Mosin Saidan (24:22)
2. K.Chandirann (25:21)
3. Benjamin Lee Wen Yang (26:11)

Ketegori Muda Perempuan
1. A.Hamzavaanie (31:35)
2. T.Angela (31:47)
3. Janice Loh Yin Yin (32:12)

Ketegori Veteran Lelaki
1. Khir Salleh (23:55)
2. Liew Chien Sioen (27:33)
3. Wong Kim Tain (27:41)

Ketegori Veteran Perempuan
1. Tan Chin Fong (31:43)
2. K.Kamaladevi (32:45)
3. Stephanie Chong (33:08)

Ketegori Terbuka Lelaki
1. R.Ruburn Kummar (22:01)
2. M.Jayseelens (23:48)
3. M.Raaggaventhiran (25:30)

Kategori Terbuka Wanita
1. V.Sivaranjani (32:57)
2. Tan Lee Peng (33:05)
3. Sally Ng (37:55)

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus