07 May 2013

Lambat umum MB sebab "Kerajaan Perpaduan" dalam rundingan?

Orang dok kalut menyaksikan istiadat angkat sumpah menteri besar yang baru, beberapa pemimpin PAS malam tadi dikesan mengadakan mesyuarat tergempar di war room parti dekat Kuala Lumpur malam tadi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadual angkat sumpah di Seri Mutiara - Kediaman TYT Pulau Pinang - pada 11 pagi ini.

Mukhriz selamat angkat sumpah malam tadi. Ahmad Yaakob pun selamat angkat sumpah di Kelantan malam tadi.

Tapi, macam ada tak kena juga apabila Tok Guru Nik Aziz umum lepas jawatan Menteri Besar dengan penuh dramatik.

Apabila tersebar khabar Datuk Husam Musa pun tersingkir dari Kerajaan Negeri Kelantan, memang macam ada yang tak kena.

Setakat malam tadi, Bernama lapor Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata pihaknya masih menunggu keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelantikan menteri besar baharu negeri itu.
"Setakat ini saya tak mahu nak sebut sama ada muka baharu atau muka lama. Tunggu sedikit masa lagi," katanya turut di sesawang Malaysiakini.com.
Selangorku.com pula malam tadi lapor, calon Menteri Besar Selangor akan diputuskan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan kepada DYMM Sultan Selangor untuk perkenan baginda.

Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat.
“Keputusan calon Menteri Besar akan diputuskan oleh kempimpinan tertinggi PR dan juga nama tersebut mesti diterima oleh DYMM Tuanku Sultan,” kata Abdul Khalid dalam sidang media di Dewan Perumahan Exco Negeri Selangor hari ini.
Ekoran itu, avatar di Facebook dikesan menggambarkan PAS cuba tuntut kerusi Menteri Besar Selangor daripada PKR, termasuk Khalid sendiri.

Kalau PAS di bawah Datuk Dr Hasan Mohd Ali, mungkin betul.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani dan timbalannya Khalid Samad bukan begitu orangnya. Kedua-dua pemimpin ini dikenali sebagai orang yang jaga perjanjian serta kuat bersama Pakatan Rakyat.

Polemik siapa Menteri Besar Selangor akan tertangguh sampai seminggu, dikatakan, ekoran campur tangan pihak tertentu dari istana.

PAS dipujuk ambil jawatan Menteri Besar Selangor dengan syarat bergabung dengan Umno.

Di Terengganu juga begitu. Rundingan dengan Umno pun berlaku atas nama UG sekarang.

Itu, khabar yang sampai kepada saya sekarang.

Kalau ya, PAS Terengganu akan mula pecah tradisi dengan tubuh Kerajaan Unity Governement  Negeri pertama selepas PRU13 sebelum merebak ke negeri-negeri lain selain Pusat.

Sudah lama saya kata, fikrah UG tak akan musnah kalau ada pemimpin PAS cuba nak matikan idea itu.
"PKM lebih 30 tahun dah tiada di tanah air ini, tetapi, adakah ideologi PKM itu pudar dan mati sekarang? Tak mati. Samalah dengan idea UG, takkan dah mati sebab baru dua tahun orang tak bercakap?"   
Sama-sama tunggu dan lihat....

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus