07 May 2013

Kit Siang cuit Mahathir sebut Muhyiddin PM?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini didesak menyatakan pendirian sama ada mahu mengekalkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri atau sebaliknya.

Lim Kit Siang berkata bekas perdana menteri itu wajar berbuat demikian memandangkan Umno hilang tujuh lagi kerusi Parlimen.

Adakah Najib bakal disingkirkan dari kerusi perdana menteri sebagaimana Tun Abdullah Ahmad Badawi kaca PRU12 dulu?

Pertanyaan itu sekaligus memberi jawapan mengenai jalan politik Muhyiddin ke kerusi no.1 negara.

PRU12, Umno BN mendapat 140 kerusi Parlimen, manakala 82 kerusi milik Pakatan Rakyat.

Umno BN semasa itu mendapat 4.08 juta undi popular a.k.a 50.6 peratus.

Pas Pakatan dalam tempoh yang sama mendapat 3.67 juta undi popular a.k.a 49.4 peratus.

Beza undi popular kira-kira 4 peratus ini memberi hayat kepada Umno terus kuasai Kerajaan Pusat pasca PRU12 sebelum berpindah tangan pada Najib pada tahun 2009.

Selepas PRU13, Pakatan Rakyat lebih banyak mendapat undi popular berbanding Umno Barisan Nasional.

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dinobat sebagai perdana menteri sungguhpun undi popular Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini berjumlah 5.59 juta (5,591,688) a.k.a 51.32 peratus.

Najib yang baru dilantik semula sebagai perdana menteri semasa Umno Barisan Nasional berjumlah 5.3 juta (5,302,039) a.k.a 48.67 juta.

Adakah semua angka di atas ini memberanikan Mahathir untuk sahut cuitan Kit Siang?

Najib atau Muhyiddin?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus