06 May 2013

Kecewa Melayu tak sokong PAS, lagi Cina tangis di FB sebab Najib sebut 'Tsunami Cina'


LAGi Cina memaparkan gambar menangis di Facebook.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyifatkan perubahan dalam pilihan raya kali ini sebagai Tsunami Cina menerima reaksi kecewa daripada avatar Kenryuu Ong.

Berikut surat terbuka Cina itu dalam terjemahan Melayu.
Bakal Perdana Menteri baru Malaysia DS Najib menyifatkan rayuan rakyat sebagai 'Tsunami Cina'.
Saya susah dapat terima hakikatnya ia diakhiri dan disimpulkan dengan istilah 'Ras' atau 'Perkauman' selepas pilihanraya.
Padahal kita sokongan kuat dari kita kepada Pakatan Rakyat menandakan kita sudah lama mengenali sendiri sebagai rakyat Malaysia.
Kita bukan warganegara China, negeri China tu beribu-ribu jauh jaraknya dari Malaysia. Kita dilahirkan di atas bumi Malaysia, tanahair kita tak lain daripada Malaysia.
Ramai Baba / Nyonya menetap di kampung halaman semenjak Kesultanan Melaka dan cinta kita pada ibupertiwi tidak kurang banding dengan mana-mana pihak.
Adakah saya memperkenalkan saya sebagai orang Cina ketika merantau jauh?
Dimana jua saya seorang warga Malaysia. Setiap orang yang mengenal saya faham akan hakikat saya seorang yang enggan pernah menduga orang lain dengan pendirian sendiri. 
Saya tidak dapat tidur semalam selepas mendengar istilah 'Tsumani Cina'. Saya tidak dapat menegakkan keadilan untuk saudara Teo Beng Hock, yang meninggalkan anak, isterinya berjanda.
Lebih-lebih lagi untuk saudara Ahmad Sarbani dan M. Ragu yang mati tanpa penjelasan kepada awam.
Saya tidak sempat untuk memilih kampung halaman yang selamat, untuk rakan-rakan sekolah, saudara-saudari, dan ahli-ahli keluarga di luar Pulau Pinang.
Saya meminta maaf kerana saya tidak dapat menunaikan janji saya pada negara. Sekali-kalilah sewaktu kita memilih pilihan sendiri, kita dicaci oleh orang, disimpulkan sebagai 'RASIS'.
Tiket pilihanraya ini memecahbelahkan kita dan menyakiti ramai orang.
Hari ini, saya kepingin memberi tahu pentadbir BN, kita tidak memerlukan orang Cina dalam kabinet persekutuan. Kita hanya perlukan wakil rakyat Malaysia, padahal sesiapapun dalam BN and PR boleh mewakili semua rakyat. 
Tanggisan untuk ibupertiwi. 6 Mei 2013. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus