07 May 2013

Elok Abang Mat Sabu mandi bunga kalau terlebih makan gula di Putrajaya

FAQAR pun hairan, "Kenapa tinggal Pokok Sena dan Kuala Kedah sahaja (berjaya dipertahan Pakatan Rakyat) di Kedah?"

Nie orang Kedah sendiri yang bagitau kat saya, "Pakatan berjaya bertahan di Pokok Sena sebab Datuk Mahfuz Omar lawan Umno dan UG siang-malam sampai rambut dia yang hitam tu jadi puteh.

"Kuala Kedah boleh menang sebab Abang Mat Sabu tak bertanding di situ. Mana-mana dunia yang Abang Mat Sabu bertanding, pasti akan kalah.

"Kuala Terengganu kerusi menang Pakatan Rakyat sebelum PRU2008. Abang Mat Sabu bertanding, terus kalah. 

"Abang Mat Sabu pernah bertanding di Kuala Kedah masa (PRU) 1999 dan menang. Tapi, dia kalah balik masa PRU2004. 

"Elok-elok dia tinggal kerusi Kuala Kedah, menang sampai laaa apabila PKR bertanding," kata kawan baik abang Mat Sabu.

Dia suruh rahsia nama dia sebab malas nak bergaduh.

Tasek Gelugor adalah kampung halaman Abang Mat Sabu. Patut dia balik Penang

Kalau balik, Sarip Omaq akan tulung. Datuk Salleh Man yang dia pilih sebagai pak yek dia pun akan bagi lampu hijau.

Saya tak tekata apa-apa. 

Mungkin Abang Mat Sabu termakan gula terlebih kot di Putrajaya sebelum penamaan calun. Sebab itu, jadi lagu niii.

Mahfuz tak pandai bercakap bohong dan tak pandai makan gula terlebih depan kawan-kawan dia di Putrajaya, sebab itu dia menang di Pokok Sena.

Chowwww. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus