06 May 2013

Cop Hussin menyanyi 'Allah selamat Azizan, Allah selamat Hadi Awang'

Azizan Razak yang bukan jadi menteri besar Kedah tidak tampil berdepan dengan akar umbi parti.

"Kita menerima keputusan rakyat sebab hati terbuka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa depan," kata Cop Hussin.

Malaysiakini.com melaporkan 'Pas kalah bukan kerana pergeseran Azizan-Pahrolrazi'.

Ini ayat politik. Orang Penang kata, itu cover line.

Takkan Cop Husin nak kata, "rakyat suka Azizan bergaduh dengan Pahrolrazi sampai terlupa mengundi Pas".

Itu bodoh namanya.

Cukuplah rakyat lomoq taik atas kepala menteri besar depa.

Takkan Cop Hussin nak pi seluh cermin muka dekat Azizan?

Semasa Azizan masih di gigi kekuasaan, Cop Hussain pun takut nak tegur Azizan.

Orang Pas ma'ruf semua ini.

"Hampa gheti ka perintah? Aku perintah ikut cara Muawiyah..." Itu antara ucapan angkuh Azizan apabila ditegur.

Tak adil, kalau nak salah Pas sepenuhnya apabila Umno BN berjaya rampas kembali 'Jelapang Padi' Pakatan Rakyat itu.

Dulu - sebelum PRU13 - Pas Kesah pernah rancang rehatkan Azizan sebab sakit, angkuh, tiada wawasan, kaki bergaduh serta tak makan saman.

Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah buru Hadi Awang sampai ke Melaka untuk bawa memorandum parti, tetapi, dilayan dingin.

Hadi Awang yang pertahan Azizan.

Hadi Awang pun lemah urus tadbir, takkan dia nak nak pilih orang yang kuat untuk tadbir Kedah?

Ini logika. Kalau Azizan atau Hadi Awang nak tolak logika ini sekarang pun, rakyat sudah terima logika ini serta tolak mereka di Kedah.

Sebelum PRU13, rakyat telahpun boleh menerima logika Najib Razak pun wajib ditumbangkan kerana masih 'bela' Abdul Ghani Patail yang kotor.

Patut rakyat boleh terima logika Hadi Awang pun patut direhatkan kerana Presiden Pas itu gagal rehatkan Azizan sebelum PRU13 sampai Kedah tumbang semalam.

Kalau cakap logika macam ini sekarang pun, Azizan dan Hadi Awang mungkin tak dengar.

Sebab, dua pemimpin veteran itu dok dengaq Cop Hussin menyanyi lagi, "Allah selamat Azizan...Allah selamat Hadi Awang!"

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus