23 May 2013

Cahaya untuk Adam Adli tak padam di P.Pinang dek provokasi liar pro Umno

Provokasi sekumpulan pemuda liar mesra Umno di Padang Kota Lama, George Town malam tadi gagal mencetus pergaduhan ke atas upacara nyalaan lilin bagi mendesak pembebasan segera Adam Adli.

Pengerusi Persatuan 'haram' Mukabuku Pulau Pinang, Sallah Ismail serta suami 'Kak Min' dikesan antara dalang utama di sebalik aksi tidak demokratik itu.

Aksi liar mereka bagaimanapun tidak mampu memadam nyalaan lilin yang disertai hampir 100 aktivis pelbagai bangsa.

"Cahaya simbol kebenaran. Cahaya kebenaran yang dinyalakan malam ini untuk untuk lawan kezaliman rejim tahan Adam Adli.

"Rejim mampu tangkap dan padam cahaya lilin ini. Tetapi, tidak mampu padam kebenaran dalam hati kita semua," tegas saya sebelum menerima provokasi daripada puak liar berkenaan.

Mereka paling baran apabila saya membaca dua potong ayat al-Quran yang bermaksud:

"Perumpamaan mereka (puak munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api, apabila (cahaya) api itu menerangi sekeliling, (tiba-tiba) Allah menghilangkan cahaya (kebenaran dari) menerangi mereka, dan dibiarkan mereka dalam gelap-gelita (hatta) tidak dapat melihat (sesuatu apapun kebenaran) # Mereka (seolah-olah orang yang pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu, mereka (puak munafik) tidak dapat kembali (pada kebenaran)." [Surah al-Baqarah: 17-18]

"Mereka (orang-orang yang kufur) cuba memadam cahaya Allah (kebenaran Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah akan tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kufur itu membenci (akan hal demikian kebenaran)." [Surah as-Soff: 8]

Lawan!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus