06 May 2013

Buletin TV3 lapor Husam bukan Exco Kelantan lagi?

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa antara yang digugur dalam senarai Exco Kerajaan Negeri Kelantan, lapor Buletin TV3 malam ini.

Bagaimanapun, laporan itu masih tidak disahkan oleh media rasmi di negeri berkenaan atau lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net.

Cakap-cakap politik di laman sosial turut menyebut kemungkinan Husam disingkirkan dari radar politik Kelantan.

Pun begitu, responden dari Kelantan yang dihubungi lewat petang tadi menyebut, majoriti kepemimpinan utama sayap pemuda PAS negeri serta badan bertindak Kembalikan Royalti Minyak Kelantan (R) mulai menghantar isyarat dingin kepada pihak berwajib.

Mereka mahu melancarkan protes terhadap kepemimpinan PAS Kelantan serta Kerajaan Negeri di bawah Menteri Besar yang baru, iaitu Datuk Ahmad Yaakub budaya cah keting sah dilakukan ke atas ikon ekonomis berkenaan.

Info lanjut menyusul kemudiaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus