06 May 2013

Analisis PRU13: Najib jadi PM semasa undi popular rakyat tidak bersama BN lagi

PRU12 menyaksikan Umno BN mendapat 4.08 juta undi popular atau 50.6 peratus daripada rakyat.

Manakala, Pakatan Rakyat mendapat 3.67 juta undi popular aka 49.4 peratus daripada rakyat.

BN perintah negara dengan undi popular beza kira-kira 4 peratus sahaja.

PRU13 ini, Pakatan Rakyat mendapat 5.6 juta undi popular aka 51.32 peratus, berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi aka 48.67 peratus sahaja.

Kesimpulan, majoriti rakyat sudah menyokong Pakatan Rakyat, tetapi BN boleh perintah negara.

Apakah isyaratnya?

Muhyiddin Yassin akan jadi perdana menteri dalam masa terdekat sungguhpun Najib baru dimahsyurkan semula sebagai perdana menteri hari ini.

Tanya lah Dr. Mahathir Mohamad...

"Lagi lambat Muhyiddin jadi PM, lagi lambat lah anak mahathir jadi Timbalan...," kata Datuk B, ahli politik Kedah melalui telefon sebentar tadi. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus