05 April 2013

Tuntut 200 bas Pusat lagi untuk terminal baru P.Pinang

DARI KANAN: Sr.Mohd. Zahry Shaikh Abdul Rahman, Lau Keng Ee, Lim Hock Seng, Mohamed Yusoff Mohamed Noor, wakil Rapid Penang, Teh Lai Heng, Ramlah Bee Asiahoo dan dan Zukifli Mohd. Noor melihat pelan semasa melawat tapak cadangan pembangunan terminal baru di Pengkalan Weld.

KERAJAAN Negeri sementara melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru meluluskan rancangan pembangunan dan pengembangan terminal bas kedua Rapid Penang di Pengkalan Weld, di sini.

Pemangku Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow berkata, langkah itu demi menampung pertambahan bilangan bas yang beroperasi, iaitu sebanyak 350 bus sejak tiga tahun lepas berbanding 150 bus sahaja pada tahun 2007.

"Diharap perkembangan ini akan membantu Syarikat Prasarana dan Kerajaan Persekutuan untuk membawa baki 200 bas lagi seperti yang dijanji dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada tahun 2010," ujar beliau baru-baru ini semasa melawat tapak cadangan pembangunan di sini.

Hadir bersama, pemangku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kota, Lau Keng Ee.

Beberapa Ahli Majlis bagi MPPP seperti Sr.Mohd. Zahry Shaikh Abdul Rahman, Mohamed Yusoff Mohamed Noor, Muhammad Sabri Md Osman, Ramlah Bee Asiahoo, Teh Lai Heng dan Zukifli Mohd. Noor turut hadir pada sidang media itu.

Kon Yeow berkata, pengembangan terminal bas baru itu sekaligus mampu menjadikan Pengkalan Weld sebagai salah satu hub pengangkutan awam terbaik apabila dilengkapkan dengan peranan pengangkutan awam laut, seperti feri kelak.

Terdahulu, Rapid Pulau Pinang pada November 2010 mohon daripada Kon Yeow sebidang tanah milik Kerajaan Negeri untuk membina satu lagi terminal bas awam.

Kon Yeow pada 2 Disember tahun yang sama telah mengeluarkan surat persetujuan pada hasrat itu.

Satu perundingan lanjut membabitkan Kerajaan Negeri Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbadanan Ketua Menteri (CMI) dan MPPP bermula pada 3 Januari 2011 hingga Jun tahun lepas.

Hasil perbincangan itu, antara lain bersetuju MPPP menyerahkan tanahnya kepada Kerajaan Negeri melalui CMI selama 30 tahun untuk pembangunan projek awam tersebut.

Ekoran itu, pelan pembangunan terminal baru memenuhi spesifikasi 'George Town Bandar Warisan Dunia' diluluskan pada 5 September tahun lepas.

6 Februari lepas, pelan perancangan pembangunan telahpun diluluskan oleh jawatankuasa berwajib.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus