Tiada nama beberapa tokoh wanita Barisan Nasional dalam senarai calon pilihan raya Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin bakal menguncup undi popular pengerusi Barisan Nasional itu.
Ketua Wanita Umno merangkap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Sharizat Abd. Jalil dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Naib Presiden MCA) tidak lagi dicalon sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Ketua Wanita Umno, Datuk Kamalia Ibrahim yang disebut-sebut sebagai 'calon menunggu' ekoran Sharizat dikaitkan dengan skandal penyelewengan RM250 juta NFC pun tidak disenarai sebagai calon pilihan Najib.
Justeru, Kamalia dilaporkan memberi reaksi dingin pada tindak tanduk Najib yang kononnya mendapatkan calon Tranformasi 1Malaysia.
"Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain.
"Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN.
“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat.
"Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional?
“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan.
“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa.
"Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.
“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri.
"Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Dalam perkembangan lain, 30 peratus calon Pakatan Rakyat di Parlimen dan DUN dilihat daripada kalangan wanita sebagaimana disasar melalui Agenda Wanita Malaysia sempena pilihan raya umum kali ini.
No comments:
Post a Comment