Filem perkauman ekstrem Tanda Putera yang mengisahkan mengenai putar belit sejarah Tragedi Hitam 13 Mei 1969 akan ditayang secara langsung dalam semua media arus perdana pada malam sebelum Hari Pembuangan Undi 5 Mei nanti.
Rancangan jahat yang dikaitkan dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Kementerian Penerangan, kebudayaan & Warisan itu akan dilangsungkan demi mengalih semula sokongan rakyat, khususnya Cina kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
Seorang pegawai penyiaran kanan di Angkasapuri RTM yang dihubungi petang tadi berkata, kempen kotor itu sebenarnya akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, katanya, tayangan itu telah beberapa kali ditayang secara haram kepada mahasiswa di beberapa Universiti tempatan.
Dua adik saya pun masih belajar di Universiti. Kedua-duanya saksi filem itu dulu dan bincang di meja makan semasa pulang bercuti.
Saya ingat, mahasiswa yang pernah menonton filem itu umumnya seperti adik saya, iaitu berminat nak kaji kebenaran pada sejarah yang dilakonkan itu.
Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang yang masih hidup sendiri mengaku dan ada alibi bahawa beliau tiada di Kuala Lumpur semasa sandiwara berdarah itu dirancang dan dihuru-harakan.
Tetapi, dalam filem itu memaparkan Kit Siang mengepalai Cina kononnya anti Melayu di Kuala Lumpur.
Tanda Putera kalau jadi ditayang malam sebelum buang undi, ibu bapa tentu akan mendapat gambaran yang kritis.
Ini kerana, anak-anak mereka yang balik dari Universiti awal lagi telah lihat dan fikir mengenai kekeliruan fakta sejarah dalam filem pro Umno itu.
Di bawah antara pengakuan Kit Siang:
Saya berada di luar Kuala Lumpur pada 11 hingga 13 Mei 1969
Pada hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad).
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan berterima-kasih-kepada-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi pada malam. Kedua-dua acara itu telah berlangsung secara aman.
Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterima-kasih-kepada-pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur.
Saya menjadi mangsa tahanan tanpa bicara ISA. - Roketkini.com
Kalau anda penyokong Umno, saya minta maaf sebab tayang Tanda Putera sekarang.
Hujah Lawan Hujah
No comments:
Post a Comment