03 April 2013

Sultan perkenan DUN Selangor bubar esok - Khalid Ibrahim


Kerajaan Selangor akan dibubar esok selepas mendapat perkenan Sultan Selangor hari ini, kata Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Istana Alam Shah pada 1.30 petang tadi untuk memaklumkan kepada baginda bahawa Parlimen telah pun dibubarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini.

"Setelah berbincang mengenai status Dewan Negeri Selangor, Tuanku Sultan telah berkenan untuk mengadakan satu upacara pembubaran Dewan Negeri Selangor esok, 4 April 2013 di Balai Rong Seri, Istana Alam Shah Klang pada jam 2.30 petang," ujar Khalid dalam satu sidang media awal petang tadi.

Beliau berkata, acara pembubaran ini akan juga disaksikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Dewan Di Raja.

Pengumuman terbaru itu sekaligus memberi gambaran bahawa pembubaran DUN Selangor tidak serentak dengan tiga negeri Pakatan Rakyat sebagaimana yang diisyaratkan oleh Lim Guan Eng dalam satu sidang media berasingan hari ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus