03 April 2013

Saifuddin, Umno gembira Nasruddin Tantawi tanding Parlimen Temerloh

PENCALONAN Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan a-Tantawi di Parlimen Temerloh bukan sahaja menggembirakan Barisan Nasional, malah penyandang kerusi itu Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan rasa yakin dapat mengekalkan mandat semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Saya menjangkakan PKR akan bertanding di sini kerana mereka telah bekerja keras sejak selepas PRU12 lagi.

"Apa-apa pun BN bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja. Jentera BN telah bersiap lengkap dan para sukarelawan kami bersemangat tinggi," kata Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Shah Alam.

Terdahulu, Nasruddin diumum sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pengumuman itu selepas, Nasruddin gagal dicatur di Parlimen Pasir Putih bagi menggantikan wakil rakyat PAS, Muhammad Hussain baru-baru ini ekoran tiada restu dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Aziz disebut-sebut cuba dicatur ke Parlimen Pasir Putih sekarang sungguhpun menerima reaksi dingin daripada PAS Kawasan tersebut.


No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus