Jalan Bagan 29 B diwujudkan gara-gara Kerajaan Pusat menghalang hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menghapuskan kutipan 50 sen di Tol Sungai Nyiur dekat Seberang Jaya.
Jarak perjalanan sehala bermula dari simpang empat trafik Jalan Siram ke Hotel Sunway dekat Seberang Jaya yang menerusi Jalan Bagan 29, Jalan Bagan 1, Jalan Chain Ferry dan Jalan Todak adalah kira-kira 4 kilometer.
Manakala, jarak perjalanan sehala bermula dari simpang empat trafik Jalan Siram ke Hotel Sunway dekat Seberang Jaya melalui tol lebuh raya Sungai Nyior adalah kira-kira 5.8 kilometer.
Pengerusi Barisan Nasional Pusat Teng Chang Yeow pun mengetahui Kerajaan Barisan Nasional Pusat berkuasa menghapuskan tol itu.
Tetapi, Chang Yeow tidak berani untuk menegur Kerajaan Barisan Nasional Pusat yang didominasi oleh pemimpin Umno.
Justeru, Chang Yeow lebih rela bersandiwara pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) demi memastikan dirinya bertanding di 'kerusi selamat' DUN Bukit Tengah dari berjuang bersama rakyat.
Selain itu, mengapa Chang Yeow perlu tunggu Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri, baru beliau mahu menghapuskan tol motosikal di Jambatan Pertama Pulau Pinang?
Sekarang pun hasrat menghapuskan tol boleh direalisasikan kerana Kerajaan Pusat sekarang dikuasai Barisan Nasional.
Lain lah Chang Yeow tidak berani untuk menolak hasrat pemimpin Umno dalam Kerajaan Barisan Nasional Pusat untuk melanjutkan perjanjian konsesi tol Jambatan Pulau Pinang selama 20 tahun lagi, iaitu dari tahun 2018 ke tahun 2038.
Chang Yeow menuduh pentadbiran Guan Eng memungkiri janji untuk menghapuskan tol di Pulau Pinang untuk menutup rasa takutnya terhadap Umno dalam Kerajaan Barisan Nasional Pusat.
No comments:
Post a Comment