21 April 2013

Percaya daftar SPR bersih sama macam percaya anak Mamak Kutty jual arak kerana Allah



Masa mengumumkan tarikh penamaan dan buang undi PRU13, Pengerusi SPR kata beliau yakin pilihan raya kali ini paling bersih di dunia.

Daftar pemilih pilihan raya pun tentu lah bersih. Kalau tak bersih daftar pemilih, takkan kita nak kata pilihan raya tetap bersih?

Masuk pilihan raya kali ini, selalu sangat Mamak Kutty kata suara Islam akan lemah kalau Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

Sekarang ini, suara Islam kuat sangatkah di tanah air selama Umno memerintah negara?

Yang kita tahu, anak Mamak Kutty adalah tauke kilang arak terbesar di Asia Tenggara. San Meguel bukan dipunyai oleh anak Anwar Ibrahim atau Lim Guan Eng.

Kilang arak San Megual ini milik anak Mamak Kutty.

Kalau anak Mamak Kutty tauke kilang arak, takkan kita nak kata keluarga Mamak Kutty itu paling Islamis di dunia. 

Malaysia pun Islamis sebab Mamak Kutty yang Islamis itu nak kuatkan suara Islam macam dia kayakan kilang arak anak dia.

Di facebook awal pagi ini, tersebar seorang rakyat Malaysia Razali Yaasin boleh mengundi sampai lima kali di Parlimen serta Dun yang berbeza-beza.

Tak tahu lah mamat itu budak Nepal ka, budak Bangla ka atau budak Burma sebab semakan daftar pemilih secara online tidak memaparkan wajah pengundi berdaftar.

Kalau semak dalam daftar pemilih ahli United Muta'assibin National Organization, mungkin boleh kot. Siapa nak tolong?

Memang patutpun Pengerusi SPR kata pilihan raya kali ini paling bersih di dunia. 

Ini ajaib. Apa yang SPR kata itu bukan lawak antarabangsa.

Setuju?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus