18 April 2013

Mampukah PAS menang Tasek Gelugor, Sg.2 ekoran Umno bercakaran?

VETERAN Umno, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar isytihar bertanding Bebas bagi menentang Shabuddin Yahya yang merupakan Ketua Umno Bahagian itu.

Pengumuman bekas menteri pertanian dan asas tani itu sekaligus bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan seorang lagi calon dari PAS, Datuk Seri Abdul Rahman Mydin.

Penyandang, Tan Sri Nor Mohamed Yackop yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih belum menentukan sikap untuk mempertahan kedudukannya atau tidak setelah tidak lagi disenarai sebagai calon Umno BN di Parlimen itu.

Difahamkan Mohd Shariff berundur seketika dalam pilihan raya umum lepas kerana dijanjikan kedudukan sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang, namun sampai sekarang dikhianati.

Bagaimanapun, dalam satu ceramah di depan hampir 2,000 di Pokok Machang, Tasek Gelugor malam kelmarin, Mohd. Shariff berkata beliau berundur seketika kerana dijanji akan dipilih semula sebagai calon sempena pilihan raya kali ini.

"Saya dijanjikan hanya untuk sementara, dan pada tahun ini, saya jangka akan dicalon semula, rupa-rupanya tidak.

Turut mengumum tanding Bebas, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Mustaffa Idros yang akan mencabar calon Umno, Datuk Jahara Hamid bagi merebut kerusi DUN Telok Air Tawar.

Telok Air Tawar bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang membabitkan seorang lagi calon dari PKR, sama ada Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang) atau Norhayati Jaafar (Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang).

Sementara itu, Pengerusi Perkasa Tasek Gelugor, Azmi Alang pula mengumumkan untuk mencabar calon Umno, Mohamad Yusof Mohd. Noor bagi merebut kerusi DUN Sungai Dua.

Zahadi Mohamad yang turut bersaingan merampas kerusi DUN itu sekaligus menyaksikan pertandingan tiga penjuru juga.

Bekas Adun Sungai Dua, Jasmin Mohamad yang tidak lagi dicalonkan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang turut menyertai sidang media terbuka memprotes Umno BN itu. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus