Kain rentang simbol sokongan pada Yusmadi atau sabotaj daripada Umno? |
KAiN rentang kontroversi menyokong Yusmadi Yusof dikekalkan sebagai calon Parlimen Balik Pulau baru-baru-baru ini mengundang amarah penyokong Pakatan Rakyat tempatan, khususnya dalam kalangan Cina.
Ekoran itu, 12 Cina yang menganggotai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sekitar Parlimen itu mendesak kepemimpinan negeri supaya mencari seorang calon yang lebih berkelayakan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
"Lima tahun memerintah, takkan tujuh rekod saja. Orang lain jadi YB (Yang Berhormat), lebih 200 rekod," ujar seorang ahli JKKK di Komtar petang tadi.
Sumber berkata, ahli korporat Islamis bernama Mohamad Bakhtiar Wan Chik yang disebut-sebut antara calon di Parlimen itu adalah lebih baik berbanding Yusmadi.
"Anak tempatan patut lebih mesra dengan orang tempatan...anggap Bakhtiar sebagai 'orang luar' tidak cukup kuat untuk mengekalkan Yusmadi," ujar sumber sama.
Terdahulu, sekumpulan anak muda mengugut untuk 'koyak kertas undi' sekiranya Yusmadi tidak dikekalkan sebagai calon bagi parlimen itu.
Mereka mempertahan kedudukan Yusmadi atas alasan mahu mengenang jasa ahli parlimen muda itu memperjuangkan isu setinggan membabitkan saudara-saudara mereka.
Dalam perkembangan lain, Umno Kawasan Balik Pulau dilaporkan lebih yakin Sr Mohamad Farid Saad (bekas Adun Pulau Betong) mampu merampas kembali Parlimen Balik Pulau jika PKR mencatur Bakhtiar sebagai calon.
Parlimen Balik Pulau disenaraikan sebagai 'parlimen pasti menang' dangan kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam pilihan raya kali ini.
No comments:
Post a Comment