05 April 2013

Guan Eng gembira rakyat kuasai Kerajaan Negeri hingga DUN P.Pinang bubar

HAMPIR 200 kepemimpinan negeri dari pelbagai peringkat meraikan istiadat pembubaran DUN Pulau Pinang bersama-sama Lim Guan Eng (lima dari kiri) bersama barisan Exco Kerajaan Negeri lain di Komtar baru-baru ini. 

PEMBUBARAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang baru diumum bubar tengah hari tadi berlangsung dalam suasana penuh harmoni.

Pemangku Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, beliau bersyukur kerana tadbir urus Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas dilakukan secara penuh demokratik, integriti serta menjunjung kepentingan rakyat.

Justeru, katanya, rakyat berhak untuk mempertahan mandat Kerajaan Negeri yang sedia ada melalui kuasa undi sempena musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang.

"Di Pulau Pinang, rakyat tidak lagi takut sama Kerajaan Negeri macam dulu (sebelum Mac 2008). Sekarang, Kerajaan Negeri yang takut kepada rakyat.

"Kami (Pakatan Rakyat) percaya bahawa banyak lagi yang boleh dicapai. Jika anda dapat rasakan dalam lima tahun ini bahawa Pulau Pinang telah mencatat prestasi yang baik, maka pastinya lima tahun yang akan datang akan menjadi lebih baik," ujar Guan Eng depan hampir 200 pemimpin pelbagai peringkat di Komtar, George Town.

Speaker DUN, Datuk Abdul Halim Hussain, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I), Prof Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri), pemangku Exco Kerajaan Negeri serta semua ADUN lain turut meraikan istiadat pembubaran DUN Pulau Pulang.

Menurut Guan Eng, amalan integriti politik telah menyebabkan pentadbrannya berjaya meningkatkan aset negeri sebanyak 50 peratus atau RM400 juta daripada RM800 juta pada tahun 2008 kepada RM1.2 bilion sekarang.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri selama lima tahun ini turut berjaya mencatatkan pelaburan RM36.1 bilion, iaitu 100 peratus berbanding RM18.7 bilion bagi tahun 2003 hingga 2007.

Itu, tidak termasuk inisiatif Kerajaan Negeri memperkenal program sumbangan emas untuk warga emas, pelajar, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan banyak lagi sejak tahun 2008 yang menelan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Selain itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri berjaya menghapuskan kemiskinan berdaftar dengan mencukupkan pendapatan isi rumah rakyat RM770 tiap-tiap bulan, melepasi garis kemiskinan negeri RM763 sebulan.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri berjaya membina hampir 4,000 unit rumah mampu milik sejak tahun 2008,manakala, 9,000 unit lain dibina oleh pihak swasta.

"Kerajaan Negeri bercadang untuk membina 19,172 unit dengan tambahan 20,000 unit (rumah lai) daripada pihak swasta," tegas beliau.

Guan Eng turut melahirkan rasa kesal dengan layanan dingin Kerajaan Pusat kerana menolak hasrat Kerajaan Negeri membayar RM10 juta tiap-tiap tahun demi mewujudkan sistem pengangkutan bas awam secara percuma di suluruh Pulau Pinang.

Ekoran itu, katanya Kerajaan Negeri terpaksa mencadangkan pembinaan beberapa lebuh raya serta satu terowong bawah laut bagi penyuraian trafik kenderaan di George Town pada masa depan.

"Kami tidak mempunyai banyak pilihan, tetapi, terdesak untuk melaksanakan projek RM6.3 bilion untuk meleraikan trafik melalui tiga lebuh raya, (iaitu) daripada Tanjung Bunga ke Teluk Bahang; Persiaran Gurney ke Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, Air Itam ke lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu serta terowong bawah dasar laut yang menghubungkan Prsiaran Gurney ke Bagan Ajam, Butterworth, tegas beliau.

Tuntas itu, beliau yakin bahawa rakyat bersedia memberi mandat sekali lagi untuk mempertahan Kerajaan Negeri yang sedia ada ini atas semua rekod kecemerlangan yang dicapai sejak lima tahun lepas. -END

HAMPIR 200 pemimpin perbagai peringkat meraikan DUN bubar.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus