03 April 2013

Debat terbuka bantu Najib alih kuasa secara aman - Anwar

'Pakatan Harapan Rakyat'

DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata, debat secara terbuka antara beliau dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjamin proses peralihan kuasa secara aman.

Kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sebagai reaksi pada kicauan terbaru Najib menerusi Twitter yang menyebut, "Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi."

Anwar berkata, Pakatan rakyat menyahut baik hasrat Najib mahu proses peralihan kuasa secara aman dilakukan semasa Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum nanti.

ANWAR Ibrahim
"Kami bertekad bersama-sama untuk mempertahankan keamanan negara dan menggesa supaya tidak ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan.

"Justeru itu, kami mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang menjamin peralihan kuasa aman sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 ini," ujar beliau di Ibu Pejabat PKR Malaysia, Tropicana petang tadi.

Tambah beliau, pentadbiran Najib seharusnya memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan negara akan terus bertindak secara profesional dan adil demi menjaga ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen.

Difahamkan, beliau tidak mahu insiden tidak menentu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah yang dianggap 'Sandiwara Berdarah' baru-baru ini berulang di mana-mana kawasan mengundi sempena musim pilihan raya umum sekarang.

Bersediakah Najib memberi jaminan proses peralihan kuasa secara aman sekarang seperti dituntut rakyat demi menghadapi Umno tewas pilihan raya umum nanti?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus