27 March 2013
'DAP-Islam' cabar ulama Umno debat fatwa haramkan DAP
'DAP Islam' bernama Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus mencabar dua agamawan mesra Umno berdebat mengenai status umat Islam dihukum berdosa serta haram jika mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Mereka berdua, Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama Menteri Besar Terengganu) dan Abdullah Samaah (Pengasas Pondok Getting, Tumpat, Kelantan).
"Syed Araniri melalui satu surat cabaran debat bertarikh 26 Mac 2013 dipetik berkata, insiatif itu wajar bagi merungkai beberapa kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua agamawan itu dalam siri ceramah politik masing-masing baru-baru ini.
"Saya, Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira yang mana semua ahlinya adalah 100 peratus Melayu berasa terpanggil dan merasakan kenyataan saudara berdua adalah berunsur politik dan hanya sebagai fatwa murahan untuk kepentingan saudara berdua sahaja.
"Saya juga mencadangkan agar debat ini dilakukan secara terbuka di mana saja saudaraa inginkan dalam tempoh 14 hari," ujar pemimpin 'DAP-Islam' berkenaan dipetik dari Facebook.
Malah, 'DAP Islam' itu turut mencabar kedua-dua agamawan itu berdebat dalam bahasa Arab bagi membuktikan kewibawaan mereka dalam dunia agama.
Beranikah ulamak Umno berdebat 'hujah lawan hujah' dengan 'DAP-Islam' berkenaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...
No comments:
Post a Comment