07 February 2013

Mengapa Mustafa Ali 'tak sentuh' Nasharuddin?


SELAMA saya mendedahkan konspirasi Kerajaan Perpaduan (UG) lebih empat tahun yang lepas, macam-macam cemuhan saya terima.

Sekarang, Datuk Dr Hasan Mohd. Ali telahpun menunjukkan wajah sebenarnya. Nasharuddin sedang menyusul.

Pertemuan dalam gelap beberapa pemimpin tertinggi PAS untuk bergabung dengan Umno dahulu jelas bertentangan dengan keputusan musyawarah Muktamar.

Saya lawan UG dahulu sebab UG bertentangan dengan keputusan Muktamar. Lawan pemimpin UG bukan bermakna lawan dasar parti.

Sebab itu, saya hairan, mengapa Mustafa Ali sekadar mengulas desakan Nasharuddin supaya PAS sendirian pada musim PRU13 sekarang?

Lebih baik Nasharuddin dirujuk ke Lembaga Tatatertib PAS kerana maqasid asy-syariah hisbah adalah membersihkan seseorang yang dilihat bersalah.

Hikmah hisbah Nasharuddin antaranya, sesiapa lagi dalang UG yang terlibat mungkin akan diketahui kelak.

Sebagai Setiausaha Agung PAS Pusat, takkan Mustafa tak mahu menyelamatkan PAS dari anasir UG dan Nasharuddin sekarang?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus