KALAU ditanya kepada 10 pengundi di Kawasan DUN Penanti, mungkin 9 setuju bahawa Datuk Mohd. Salleh Man adalah seorang yang malas angkat telefon.
Malam tadi, saya menghubungi Ustaz itu hampir 10 kali untuk mendapatkan maklum balas mengenai ura-ura AJK PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dikerat oleh pemimpin PAS peringkat negeri.
Mujahid 'gugur' di Zakat Pulau Pinang tanpa bincang?
Siapa di sini nak pertikai inisiatif saya mengkritik pemimpin terbuka?
Sebelum itu, saya nak tanya, "Adakah kritik pemimpin terbuka salah di sisi syarak serta perlembagaan PAS?"
Mana salah pun. Saya tidak pernah mengkritik syarak atau melanggar mana-mana dasar PAS, tetapi mengkritik pemimpin yang malas angkat telefon.
Takkan Islam suruh pertahan pemimpin yang malas angkat telefon?
No comments:
Post a Comment