18 September 2012

P.Pinang serah tapak baru SJK(T) Subramaniya Barathee


PERJUANGAN Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Subramaniya Barathee, Gelugor yang menuntut tapak sekolah baru sejak 30 tahun lepas akhirnya direalisasikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyempurnakan majlis penyerahan tapak tanah baru itu baru-baru ini kepada pemilik bersama, iaitu Koperasi Serbaguna Sungai Gelugor dan Kuil Sri Veera Ma Kaliamman.

"Difahamkan, tapak tapak (asal) itu terlalu kecil dan bangunan sekolah sudah tidak sesuai atau selamat untuk menjalankan aktiviti pendidikan.

"Perjuangan yang mereka lakukan sejak 30 tahun dahulu itu akhirnya telah membawa kita semua ke tapak ini pada hari ini," ujar beliau.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy yang juga Exco Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan & Sumber Manusia, Sains, Terknologi dan Inovasui turut berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer.

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan berkata, kebanyakan sekolah aliran Tamil di tanah air ini sejak 50 tahun lepas seakan kurang mendapat perhatian daripada pusat, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.

Malah, beliau berkata, kebanyakan sekolah aliran Tamil turut tidak mempunyai kemudahan untuk pendidikan komputer dan tadika.

Tuntas dari itu, beliau berkata, Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil ditubuhkan oleh Ramasamy pada Mei 2008 dengan perutukan khusus sebanyak RM1.75 juta untuk keperluan 28 sekolah aliran Tamil di negeri berkenaan.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan integriti kepemimpinan Kerajaan Negeri membela hak semua pihak, termasuk manoriti penuntut sekolah aliran Tamil di negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus