18 September 2012

180 pokok teduhan ditanam di Jalan Datuk Keramat

CHOW Kon Yeow menyempurnakan gimik menanam dan menyiram pokok Penaga Lilin di Jalan Datuk Keramat sambil diperhatikan oleh  Ong Ah Teong (tengah) dan  Teh Lai Heng.

MAJLiS Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini melancarkan Projek Menghijaukan Bandar di Jalan Datuk Keramat, di sini.

Exco Hal Ehwal Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow berkata, sebanyak 180 pokok teduhan jenis Nees (Neolitsea Zeylanica Mer), Star Apple (Chrysophyllum Cainito), Salam (Syzygium Polyanthum) dan Penaga Lilin (Messua Ferrea) akan ditanam di sepanjang 1.4 kilometer jalan tersebut.

Itu, tidak termasuk kira-kira 10,000 pokok renek (Acalypha Siamensis) yang ditanam di antara jalan dua hala berkenaan.

"Kos penanaman pokok kira-kira RM163, 675.28 (manakala) kerja-kerja kejuruteraan (menelan) kos RM160,560.00.

"Kita percaya ini suatu usaha untuk generasi akan datang sepertimana generasi kita di sini mendapat teduhan pokok-pokok ini yang ditanam oleh generasi lepas," ujar beliau di Jalan Datuk Keramat, George Town.

Dua Ahli Majlis bagi MPPP - Teh Lai Heng dan Ong Ah Teong serta Mohamed Akbar Mustafa (Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa) turut serta dalam majlis tersebut.

Kon Yeow berkata, rancangan menghijaukan Jalan Datuk Keramat itu disasarkan siap pada Disember depan.

Sebelum pada itu, Kon Yeow, Lai Heng, Ah Teong dan Mohamed Akbar masing-masing menyempurnakan gimik kempen menghijaukan jalan tersebut dengan menanam serta menyiram pokok Penaga Lilin.

Tahun lepas, MPPP melancarkan projek menghijaukan jalan di Lebuh Carnarvon dan sebahagian jalan di Pengkalan Weld.

Insiatif menghijaukan bandar itu demi merealisasikan kempen "Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat" yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus