09 August 2012

Sertai 'Janji Bersih' di Dataran malam sambut Merdeka!

26 badan bukan kerajaan (NGO) pimpinan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said melancarkan perayaan Janji Bersih pada malam 30 Ogos sempena Hari Merdeka.

Justeru, pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk memenuhkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menghitung detik hari bersejarah negara.

“Kita telah banyak mendengar ‘janji-janji’ untuk perayaan sambutan Merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke 55,” kata beliau.

Pak Samad akan membaca puisi pada majlis yang bermula pada jam 10 malam itu.

Dalam perkembangan sama, anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin berkata, permit polis tidak diperlukan memandangkan Janji Bersih adalah perayaan kemerdekaan, bukan demontrasi.

Janji Bersih dilancarkan demi memperingati 8 Tuntutan Bersih yang dilangsungkan dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April lepas.

“Lapan tuntutan Bersih masih belum ditunaikan sebab itu kami mahu ingatkan kerajaan sempena menyambut Merdeka...Tidak mustahil ‘Janji Bersih’ akan dihadiri oleh ramai pihak,” kata Badrul Hisham Shaharin aka CheguBard, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus