10 August 2012

Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Cerminan Aspirasi Rakyat Malaysia.


Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

Sejak sekian lama, Rakyat Malaysia tidak pernah mengkritik apa-apa slogan ciptaan kerajaan berhubung apa jua tema bagi apa sahaja acara. Malah, Rakyat Malaysia mengiyakan sahaja apa jua slogan di buat.

Tetapi, pada tahun ini menjelang Hari Kebangsaan ke 55, Rakyat tiba-tiba bangun mengkritik slogan ciptaan pemerintah iaitu ' 1 Malaysia: Janji Ditepati'. Rakyat merasakan bahawa slogan tersebut lari dari maksud sebenar menyambut Hari Kemerdekaan.

Hal ini menjadi tamparan hebat kepada pemerintah, lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 yang akan berakhir 'iddahnya' kurang tujuh bulan lagi. Kebangkitan rakyat pada hari ini tidak dapat dibendung lagi.

Rakyat dari pelbagai kaum menentang pemerintah yang zalim, menindas dan mengamalkan rasuah. Keadaan ini seolah-olah sama seperti kebangkitan rakyat menuntut kemerdekaan pada era 40-an dan 50-an.

Kebagkitan yang lahir daripada masyarakat Melayu, Cina, India serta masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak seolah-olah menunjukkan kesatuan seperti Malayan Union menentang penjajah british suatu masa dahulu.

Rakyat sudah tidak tahan melihat 'kemungkaran' yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional yang ternyata hanya mementingkan kedudukan mereka sehingga mengenepikan banyak hak rakyat.

Bermula dengan Dasar Pecah dan Perintah, Rakyat dari ketiga-tiga bangsa utama negara cuba diasingkan mengikut etnik sehingga ianya menjadi barah apabila ketiga-tiga kaum ini sering berselisih faham sehingga terjadinya tragedi berdarah '13 Mei' dan tragedi 'Kampung Medan'.

Rakyat yang berbilang kaum sering mencurigai diantara satu sama lain akibat dasar sempit dibawa oleh Umno, MCA, MIC dalam Barisan Nasional. Hasilnya, sikap cemburu dan dengki diantara satu sama lain tidak lagi dapat dibendung.

Dalam suasana genting sebegitu, lahir Pakatan Rakyat (PR) yang dikongsi Pas, PKR dan DAP membawa harapan baru kepada Rakyat Malaysia. Mereka menjadi pemangkin kepada kebangkitan Rakyat pada masa ini setelah dinafikan BN sejak lebih 55 tahun dahulu.

Hari ini juga, Pakatan Rakyat menawarkan kepada kita tema sambutan Hari Kemerdekaan sendiri. Tema dan slogan tersebut mencermikan aspirasi dan kehendak rakyat Malaysia sejak sekian lama.

Pakatan Rakyat cuba menyelamatkan Rakyat Malaysia dari terus ditindas, dizalimi, ditipu dan lain-lain lagi oleh pemerintah. Mereka juga cuba memberi kembali 'hak rakyat' yang dirampas Umno dan BN.

Sebangsa, Senegara, Sejiwa- membentuk idea baru penyatuan semua bangsa, kaum, agama dan latar belakang bagi membina sebuah negara bahu setelah lebih 55 tahun 'dihancurkan' pemerintah BN.

Semua rakyat inginkan keamanan dan kemakmuran supaya ianya dapat dikongsi oleh setiap lapisan masyarakat dan bukannya dibolot oleh sesetengah pihak sahaja seperti yang berlaku di Malaysia pada masa ini.

Rakyat juga bersatu menentang ketidakadilan, ketidaksamarataan dan pelbagai kehancuran yang dilakukan pemerintah. Negara yang aman dan makmur ini patut dikongsi oleh semua kaum berpandukan Perlembagaan Negara.

Ayuh semua, kita tumbangkan Kerajaan Korup, pemerintah zalim dan pentadbir yang rasuah demi masa depan negara kita yang lebih aman dan makmur. Kita kongsi nikmatnya bersama dengan perasaan kasih-sayang sesama kita.

Umno dan BN sudah hilang kredibiliti sebagai pemerintah, merakalah punca perpecahan sesama kita dan mereka jugalah yang merompak segala hasil 'kekayaan' kita. Jangan lagi kita percaya dan berharap dengan janji manis mereka.

Kita lepaskanlah tanggungjawab memerintah negara kepada golongan yang lebih baik, amanah, jujur dan adil kepada rakyatnya. Kita sokonglah kerajaan Pakatan Rakyat kerana hanya merekalah harapan baru bagi kita.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-55. Malaysia Baru dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Kerajaan Rakyat untuk Rakyat Malaysia.


Artikel berkaitan:
Usul Tidak Percaya: Cepatkan Muhyiddin sebagai PM

No comments:

Post a Comment