06 August 2012

Ramadhan saksi Rasulullah di medan Badar, Hairie Othman di medan Twitter


FAQAR secara peribadi lebih suka duta PAS dalam dunia artis, bukan artis banyak di atas pentas PAS demi memenuhi fardhu kifayah PAS dalam dunia artis.

Sebab itu, ramai artis menyeberang masuk PAS, saya tak obses.

Kalau dah nak masuk PAS sangat, saya hormat sebab Malaysia adalah negara demokrasi.

Sebab demokrasi juga, ada artis yang begitu obses dengan PAS sampai dikatakan hilang budi sebagai selebriti.

Lebih baik artis kekal dalam budi selebriti. Lebih baik, kekalkan diri dalam dunia selebriti sungguhpun jiwa kian berminat dengan Islam serta mahu terjun dalam arena politik dakwah PAS

Fardhu kifayah dalam dunia artis besar, orang parti tak boleh buat. 'Artis berjiwa PAS' dalam dunia selebriti sahaja yang boleh buat.

Bagaimanapun, semua kita boleh bersetuju atau tidak mengenai hal ini.

Terbaru, cybertroopers Umno banyak yang panas hati apabila artis 'Leftenan Adnan' maki pemimpin-pemimpin mereka di bulan Ramadan ini.

Bulan Ramadan ini, kalau nak maki Umno yang nyata zalim tak boleh. Kalau nak ghibah (mengumpat) mengenai keburukan Umno pun tak boleh.

Kalau nak maki anak Dr Mahathir yang jadi tauke arah San Meguel boleh tak dalam bulan Ramadan?

Kalau nak maki 'saspek pembunuh Altantuya' pun tak boleh sebab nie bulan Ramadan.

Kalau cybertroopers Umno lupa, Rasulullah s.a.w lancar perang Badar al-Kubra dalam bulan Ramadan ini juga.

Kalau perang pun Rasulullah s.a.w sendiri lancar terhadap gerombolan zalim bernama United Muta'assibin National Organization dalam bulan Ramadhan, sepatutnya menyatakan protes terhadap kezaliman pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini pun lebih-lebih lagi lah boleh.

Sejarah sampai kiamat tak boleh jadi sumber hukum, tapi kita kena ambil 'ibrah (pengajaran) sempena bulan puasa ini.

Kalau cybertrooper Umno macam Novandri terlepas pandang waktu menyerang artis-artis yang berhijrah ini, patut jenguk-jenguk sama sirah Nabi Muhammad.

INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus