08 August 2012

BERSIH 3.0: Minta SOP media isyarat Ketua Polis Negara akui rakyat diganasi?

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta rartawan dan pengamal media memberi cadangan prosedur operasi standard (SOP) supaya insiden polis polis bertindak ganas ke atas mereka sebagaimana dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 berhampiran Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lepas tidak berulang.

Beliau berkata, cadangan untuk menyediakan SOP itu diperlukan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

"Polis dan media perlu bersama membincangkan perkara ini dan media boleh datang dan beri beberapa cadangan kepada kami kerana polis mahu dengar daripada wartawan sendiri.

"Saya rasa ini yang terbaik kerana anda berada di lokasi, melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku dalam sesuatu perhimpunan dan saya harap media dapat memberi cadangan dalam menangani perkara ini," kata beliau semalam.

Laporan di akhbar Harian Metro hari ini bagaimanapun tidak pula melaporkan beliau meminta maaf kepada seluruh mangsa keganasan polis sungguhpun Mahkamah baru-baru ini menetapkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 3.0) bukanlah pertubuhan haram seperti dituduh oleh Kerajaan Umno Barisan Nasional pusat.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang keluarganya dikaitkan dengan skandal rasuah Projek Fidlot Kebangsaan (NFC) berjumlah RM250 juta turut hadir pada majlis Jalinan Ramadan 2012 di Kula Lumpur.

Sebanyak 8,000 bungkusan kuih raya diagihkan kepada pasukan keselamatan dalam majlis tersebut yang membabitkan Polis Raja Di Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

16 Julai lepas, Panel Siasatan Bebas yang diketuai oleh bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar memutuskan tiada arahan daripada pihak atasan polis ke atas anggota bawahan berkenaan untuk bertindak ganas ke atas rakyat, termasuk wartawan.

Ketetapan itu selepas kewibawaan jawatankuasa bebas Haniff dipertikai oleh banyak pihak, termasuk pengamal media antarabangsa kerana senada dengan tindakan bebal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempamerkan rakaman-rakaman bukti untuk mempertahankan tindakan ganas polis ke atas rakyat.

Kenyataan terbaru Ismail sekaligus memberi isyarat secara tidak langsung bahawa polis mula untuk mengakui  salah atas tindakan kasar mereka ke atas rakyat, termasuk pengamal media. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus