16 July 2012

Umno tanya 50 soalan dalam DUN Kedah, PAS jawab 5 saja

Sila baca cerita Sanusi di sini, di sini dan di sini.
SiDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini mungkin mencatat sejarah kerana ia dijalankan hanya 1 jam 18 minit.

Ketua Pembangkang DUN, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, kerajaan negeri PAS Kedah berbuat demikian kerana tidak mahu menjawab isu-isu besar yang timbul sekarang ini.

Katanya, daripada lebih 50 soalan yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN dan Pakatan Rakyat, hanya lima soalan yang dijawab.
"Soalan-soalan `heavy weight'seperti pembalakan, dia letak belakang kerana satu taktik tidak mahu menjawabnya.

Sebaliknya soalan-soalan remeh seperti pihak berkuasa tempatan dan bazar Ramadan diutamakan.

"Kita buat rayuan supaya dilanjutkan masa supaya lebih banyak soalan dijawab ditolak oleh Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Sidang DUN Kedah hari ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pukul 10. 18 pagi. -END

SEBARKAN!

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus