DiFAHAMKAN berita 100 ahli PKR - majoriti India - mendesak Datuk Mansor Othman melepas jawatan sebagai pengerusi PKR negeri dan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang ini seperti yang dilaporkan dalam TheSundaily turut dilaporkan dalam Buletin TV3 malam tadi.
Informasi yang diteroka di Cabang PKR Bukit Mertajam memberitahu, grup PKR yang diketuai R.Chandran sebenarnya tidak berpuas hati dengan mutu kerja JKKK Taman Sentosa.
Pengerusi JKKK Taman Sentosa, Rajendran a/l Raja Gopal dikatakan melantik anak bini serta kaum keluarganya mengisi jawatan penting dalam jawatankuasa setempat.
Unsur nepotisme mengakibatkan segala aduan dan pendapat penduduk setempat, termasuk akar umbi parti langsung tidak didengar.
Malah, pasukan Rajendran sekeluarga termasuk kenalannya Rynu a/p Shanmugam (Ahli Majlis MPSP merangkap Setiausaha Cabang Bukit Mertajam) didakwa lebih banyak 'politiking' berbanding melaksanakan tanggungjawab kebajikan kepada rakyat setempat.
[sila saman, biar saya bawa bukti rakaman konspirasi mereka nak menjatuhkan ADUN Machang Bubuk pada PRU13 nanti ke muka pengadilan kelak]
Perkara ini telahpun dipanjangkan oleh Datuk Tan Hock Leong (Pengerusi Cabang, ADUN Machang Bubuk merangkap Timbalan Speaker DUN P.Pinang) kepada Manssor sebelum ini, tetapi dilihat tiada tindakan lanjut diambil oleh pihak berwajib.
Akhirnya Mansor menjadi sasaran amarah rakyat serta akar umbi parti selepas pemimpin utama Melayu Pulau Pinang itu menerima serangan hendap grup pro PCM.
Semasa saya mendedahkan konspirasi grup Rajenderan dilihat mahu membunuh karektor politik Mansor, saya sendiri menerima ancaman bunuh.
Penentuan sikap sebenarnya di tangan Mansor dan akar umbi PKR negeri sendiri.
SEBARKAN!
No comments:
Post a Comment