16 July 2012

PRU selepas Bujet 2013 serlahkan Najib, BN lemah

Najib Razak
KETUA Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mencadangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan sejurus selepas perbentangan Bajet Malaysia 2013.

Pendapat itu diluahkan semasa rata-rata rakyat masih berteka-teki mengenai tarikh PRU13.

Namun, banyak pihak menduga, Bajet 2013 akan menjadi "senjata penting" bagi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membendung kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya nanti.

"Pada saya elok lepas bajet. Secara peribadi, sebab kita ini jenis kerajaan yang menepati janji dan bajet yang lepas kerajaan telah tepati janji-janjinya.

"Jadi kalau kerajaan bentang lagi bajet, rakyat akan tahu bajet itu akan ditepati. Jadi untuk apa kita perlu awal-awal. Ya tak? Kalau kita tahu 28 September itu (hari) bajet, kenapa kita perlu melepaskan peluang kita ini... ini pandanagn peribadi sayalah, tapi masih lagi terpulang kepada Perdana Menteri," kata beliau dipetik dari Sinar Harian online.

Kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu sekaligus seakan menyerlahkan Najib bukan sahaja tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap pentadbirannya, malah menunjukkan bahawa Presiden Umno itu terpaksa mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan memanggil pilihan raya. -END

SEBARKAN!
Klik gambar

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus