04 July 2012

Kerjasama 4 pihak jayakan gotong-royong Penanti

GOTONG-royong di sekitar Kubang Semang dilancarkan secara bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kubang Semang, Sungai Semambu dan Mukim 5 baru-baru ini ke arah merealisasikan "Pulau Pinang Bersih, Hijau dan Selamat" yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri.

Selain JKKK, partisipasi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), badan bukan kerajaan (NGO) Unit Amal Malaysia Kawasan Permatang Pauh dan Jawatankuasa Masjid Kubang Semang dilihat menjadikan program amal itu unik di sisi warga setempat.

"Kita berjaya menggabungkan pihak JKKK sendiri, MPSP, Unit Amal dan Jawatankuasa Masjid Kubang Semang.

"Kami amat berbesar hati dengan MPSP kerana sudi menghantar kontraktor, kemudahan pemangkasan dan tong sampah serta Unit Amal yang membekalkan tenaga kerja untuk membantu kerja-kerja pembersihan hari ini.

"Aktiviti gotong-royong itu melibatkan pemotongan dahan pokok, pembersihan kawasan masjid, tanah perkuburan dan kaki lima jalan," ujar pengerusi JKKK, Siti Noriza Abu Bakar di Permatang Pauh.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Datuk Mansor Othman turut menyertai aktiviti itu.

Aktiviti gotong-royong secara bersepadu tersebut merupakan kali kedua dianjurkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus