09 July 2012

Kebajikan pelajar OKU UPSR perlu perhatian Muhyiddin


TUNTUTAN masa tambahan selama 30 minit lagi bagi kertas peperiksaan Matematik khusus untuk pelajar orang kelaianan upaya (OKU) penglihatan akhirnya dipanjangkan oleh waris berkenaan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng.

Mereka mendakwa, masalah kebajikan anak-anak mereka telah pun beberapa kali dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ini, namun tidak mendapat reaksi positif. 

Kapsyen: Ernest Teoh antara pelajar OKU yang menerima cek sumbangan RM600 daripada Ketua Menteri.

"Apa yang pelajar lain boleh buat, mereka ini pun boleh buat cuma mereka ini seakan dipinggirkan kalau tiada keprihatian daripada kita. 

"Biasanya kementerian akan tujukan semua masalah ini kepada kita tetapi tujuan ini adalah tidak adil," kata Alvin Teoh, 41, waris kepada Ernest Teoh, 11 di Kompleks Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini baru-baru ini.


Kira-kira 10 pelajar OKU, tidak termasuk waris mereka masing-masing hadir pada majlis interaksi dengan Guan Eng. Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng, Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Ir. Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP). 

Difahamkan, 50 minit diberikan kepada pelajar normal bagi menjawab kertas peperiksaan Matematik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). 

Manakala, pelajar OKU pula diberi masa tambahan 30 minit lagi, menjadi satu jam 20 minit bagi kertas peperiksaan yang sama. 

Pun begitu, Alvin berkata, masa tambahan itu tidak cukup untuk pelajar OKU memahami rajah pada kertas peperiksaan yang menggunakan tulisan Braille. 

Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, kementerian yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seharusnya peka pada masalah pelajar OKU sungguhpun populasi golongan istimewa ini sangat minoriti di tanah air ini. 

"Kita harap mereka (kementerian) boleh faham. Saya rasa tidak ada orang yang menentang jika tambah 30 minit lagi. 

"Saya rasa permintaan ini adalah wajar atas peri kemanusian," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan. 

Dalam perkembangan yang sama, Guan Eng turut mengumumkan sumbangan RM600 demi menyemarak semangat belajar di kalangan pelajar OKU berkenaan.-END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus