DAP sampai sekarang tak mintak-mintak kerusi Parlimen Bayan Baru sebab menghormati kerusi tradisi PKR itu.
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) acap kali minta calon DAP Melayu tanding dikerusi yang masih disandang oleh Zahrain Mohamed Hashim (Bebas) itu.
"Atas dasar semangat setiakawan maka semasa pilihan raya yang lepas, tsunami tahun 2008 lalu PKR telah diberikan laluan.Umumnya, DAP sasar menang di semua kerusi yang ditandingi, iaitu 45 kerusi pada PRU13. (tak termasuk kerusi di Borneo)
"Atas semangat setiakawan di kalangan PR maka KMPP mendesak kepimpinan tertinggi DAP mengembalikan semula calon Melayu di kawasan berkenaan," kata Presidennya Rahmad Isahak di PenangInsight.com.
DAP bersama PAS dan PKR secara umum bersetuju bahawa status quo semua kerusi yang ditandingi pada PRU12 lepas dikekalkan.
Kalau kerusi Bayan Baru pun tak mampu nak rampas dari PKR, logikkah DAP nak tanding lengkapkan bilangan 90 kerusi yang sudah pasti membabitkan kerusi tradisi PAS dan PKR?
Faqar: Umno kalau nak laga DAP dengan PAS dan PKR pun, biaq logik? Contoh "DAP nak rebut kerusi Bayan Baru dari PKR."
No comments:
Post a Comment