09 July 2012

Anwar Ibrahim calon PM tak bermoral jika terus cabar Najib berdebat

Najib Razak kata, Anwar Ibrahim kalau nak jadi perdana menteri, mesti bermoral.

Anwar Ibrahim dinasihat sedemikian untuk menutup kelemahan kelemahan moral Najib sendiri, iaitu tidak berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Semalam, Lim Guan Eng buat kali kedua bersemuka dengan Chua Soi Lek di pentas debat mengenai Debat 2.0 DAP & MCA: Dasar Siapa Yang Lebih Memberi Manfaat Kepada Negara?

Guan Eng sekali lagi mengulangi bahawa rakyat Malaysia sebenarnya menantikan debat terbuka antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim, bukan dirinya dan Soi Lek.

Justeru beliau memuji Soi Lek kerana lebih berani berbanding Najib Razak dalam mempertahankan kezaliman serta rasuah Barisan Nasional dari terus ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sebenarnya Najib Razak bukan tidak berani untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Tetapi, Dr Mahathir Mohamed sebenarnya tidak mengizinkan perdana menteri itu untuk berdebat dengan ketua pembangkang.

Tentu ada sebab Najib Razak yang merupakan orang no.1 Umno diarahkan sedemikian oleh orang no. kosong dalam Umno.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus